jawatan kosong MKM
Iklan jawatan kosong Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)
Tarikh tutup 23 Januari 2009
Jawatan
1. Pegawai Penerangan - S41
Kumpulan Perkhidmatan - Pengurusan & Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan - Sosial
Taraf Jawatan - Sambilan
Gaji
GAJI : RM 73.43 sehari
ELAUN:
ITKA : RM13.04 sehari
COLA : RM13.04 sehari
Penempatan - Maktab Kerjasama Malaysia Petaling Jaya
Jawatan
2. Pembantu Tadbir Rendah - N11
Kumpulan Perkhidmatan - Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan - Pentadbiran &
Taraf Jawatan - Sambilan
Gaji
GAJI : RM 30.85 sehari
COLA :RM13.04 sehari
Penempatan - Maktab Kerjasama Malaysia Petaling Jaya
Muat Turun Borang Permohonan
(Jawatan 1 )
Muat Turun Borang Permohonan
(Jawatan 2 )
Syarat Lantikan Jawatan 1:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i) Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ii) Diploma Sebaran Am yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
iii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang sebaran am)
DAN
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu(termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Lantikan Jawatan 2:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) berpelajaran di peringkat sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau;
(ii) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) (i) di atas dan lulus ujian menaip seperti yang dinyatakan di perenggan 2 di bawah atau;
(iii) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(iv) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus ujian menaip seperti yang dinyatakan di perenggan 2 di bawah.
Calon di perenggan 1 ( c) (ii) , (iv) dikehendaki mengambil satu ujian menaip dan lulus dengan mencapai kederasan paling rendah 35 p.s.m daripada naskhah bertulis yang jelas dan 30 p.s.m daripada naskhah bercetak atau bertaip. Kesilapan mestilah tidak melebihi 4%.
Cara Memohon
a) Anda boleh melayari laman web MKM di www.mkm.edu.my untuk mendapatkan borang permohonan. Di penjuru sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.
b) Tarikh tutup permohonan ialah pada 23 Januari 2009.
c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah dan juga gambar berukuran pasport yang terbaru dan dialamatkan kepada:
PENGARAH
MAJLIS MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA
PETI SURAT 60, 103 JALAN TEMPLER
46700 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P. : UNIT SUMBER MANUSIA)
PERHATIAN : Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
