| Home


jawatan kosong terkini

jawatan kosong MDP

iklan jawatan kosong Majlis Daerah Pendang (MDP)
tarikh tutup 18 Disember 2008

[ JAWATAN : PEGAWAI TADBIR ]
[ JAWATAN : PEMBANTU UNDANG-UNDANG ]
[ KETUA JAWATAN : BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT ]
[ JAWATAN : KETUA UNIT PELANCONGAN ]

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan seperti berikut
( keutamaan kepada calon-calon dalam Negeri Kedah )

JAWATAN : PEGAWAI TADBIR
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF JAWATAN : SEMENTARA

Gred Jadual Gaji

Gred N 41 : P1T1 RM 1690.28 - P1T27 RM 4640.28

SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) warganegara Malaysia

b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

c) i)Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau

ii)Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1 T3); atau

iii)Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1 T4);

dan

d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

FUNGSI BIDANG TUGAS :

i) Bertanggungjawab sebagai Ketua Bahagian Perkhidmatan Bandar.

ii) Merancang dan menyelaras program pengurusan dan pembangunan peniagaan termasuk peniaga kecil.

iii) Merancang dan menyelaras program perhubungan korporat dan kemasyarakatan.

iv) Merancang dan menyelaras program pembangunan LA 21.

CARA MEMOHON : Calon-calon yang berminat dan berkelayakan bolehlah membuat permohonan dengan melayari Portal MDP www.mdpendang.gov.my atau hadir sendiri ke Bahagian Pengurusan Korporat dengan membawa bersama dokumen-dokumen yang berkaitan. Temuduga akan diadakan secara terbuka.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 18 Disember 2008.

CATATAN AM :

a)Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga selanjutnya.

b)Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan adalahdianggap sebagai tidak berjaya.

c)Keputusan temuduga adalah muktamad.


 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Online Review | Payment | PTC Review

jawatan kosong kerajaan © Template Design by Herro | : hairdryer