jawatan kosong Yayasan Selangor
iklan jawatan kosong Yayasan Selangor
tarikh tutup 28 November 2008Dengan hormatnya merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan bagi jawatan berikut:-
Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN
Bilangan Keperluan : 24 orang
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan Am
Taraf Jawatan : Kontrak
Gred Jawatan : R1
Gaji Asas Permulaan : RM647.51
Elaun Rumah : RM200.00
Elaun Khidmat Awam : RM95.00
Elaun Sara Hidup (COLA) : RM100 / RM300 (Mengikut lokasi bertugas)
Lain-lain kemudahan :
i. Peruntukan Perubatan Tahunan
ii. Elaun Kerja Lebih Masa
iii.Caruman PERKESO dan KWSP
Lokasi Bertugas : Kuala Lumpur/ Petaling Jaya / Klang / Sabak Bernam
Syarat-syarat lantikan:
• Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Rendah Pelajaran atau Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
• Boleh membaca dan menulis;
• Berumur di bawah 55 tahun;
• Bersedia untuk bertugas lebih masa; dan
• Mempunyai taraf kesihatan tubuh badan yang baik.
2. Berikut adalah cara memohon jawatan tersebut:-
3. Semua permohonan hendaklah sampai ke Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia, Tingkat 18, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya selewat-lewatnya pada 28 November 2008.• Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (Borang YS/SM/03/BPJ) yang boleh didapati di Unit Sumber Manusia ataupun pemohon juga boleh memuatturun borang tersebut disini Borang Permohonan Jawatan.
• Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah memajukan Borang Permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini.
• Semua permohonan hendaklah disertakan dengan SALINAN KAD PENGENALAN dan SALINAN SIJIL-SIJIL yang berkaitan yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Penghulu Kampung/Mukim.
• Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
• Yayasan Selangor tidak bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri temuduga jawatan-jawatan yang diiklankan.
